NOTIS:

Belum ada lagi....

Pengeluaran KWSP: 'Tak fikir PM diletakkan selemah itu' - MP PAS

0
Ahmad Fadhli Shaari (PAS- Pasir Mas)

PARLIMEN | Ismail Sabri Yaakob diletakkan dalam kedudukan lemah jika benar dakwaan ada menteri menolak cadangan perdana menteri ketika mesyuarat kabinet berhubung cadangan pengeluaran RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata ahli parlimen PAS.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS- Pasir Mas) berkata dia tidak pasti sama ada benar atau tidak perdana menteri membawa isu berkenaan ke kabinet dan ditolak oleh sebahagian menteri.

"Betulkah perdana menteri bawa dalam kabinet? Tapi tidak boleh begitu (menteri kabinet menolak cadangan perdana menteri).

"Saya tak fikir perdana menteri diletakkan selemah itu...tak kira perdana menteri bawa atau belum, saya harap ahli Parlimen yang ada boleh menyokong tuntutan ini.

"Saya yakin perdana menteri yang berasal daripada keluarga sederhana...boleh dengar isu ini, seluruh menteri kabinet faham boleh benar untuk pengeluaran kali ini," katanya ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong di parlimen, petang ini.

Pada 15 Feb lalu, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa beberapa menteri Bersatu membantah pengeluaran i-Citra RM10,000 daripada akaun pencarum KWSP.


Najib berkata perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan perdana menteri untuk dibincangkan, bagaimanapun dibantah beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Najib berkata demikian sebagai mengulas sokongan Ahmad Fadli yang juga ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berhubung pengeluaran i-Citra RM10,000 bagi pencarum yang terjejas.

Pemuda Umno pimpinan Asyraf Wajdi Dusuki antara yang lantang memperjuangkan pengeluaran i-Citra RM10,000.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata dia menerima desakan daripada rakyat yang meminta supaya pengeluaran RM10,000 KWSP dibenarkan.

Katanya, pengeluaran KWSP RM10,000 adalah penting bagi membantu rakyat dalam situasi sukar selepas berdepan pandemik Covid-19.

"Ini talian hayat terakhir rakyat supaya kerajaan pertimbangkan, selepas pandemik kini rakyat sedang bertatih (untuk bangkit).

"Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini," katanya lagi.

Sumber | Malaysiakini




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo