NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor diteruskan, Yakin dos penggalak jadi perlindung


JOHOR BAHRU: Peningkatan kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini bukan penghalang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diteruskan.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, ia berikutan pemberian vaksin COVID-19 termasuk suntikan penggalak menjadi pelindung daripada penularan wabak.

Katanya, keadaan kini adalah lebih baik berbanding ketika mengadakan PRN di Melaka dan Sarawak kerana dos penggalak giat diberi kepada masyarakat.

"BN Johor yakin Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRN Johor akan membantu mengekang penularan jangkitan COVID-19.

"Walaupun varian Omicron mempunyai kadar penularan jangkitan lebih tinggi, kita yakin garis panduan berkempen aka bertepatan dengan keadaan semasa.

"Pihak berkuasa mengendalikan SOP terutama Kementerian Kesihatan (KMM) dan SPR pasti akan melindungi pengundi daripada terjejas dengan jangkitan menerusi langkah pencegahan terbaik.

"Persiapan SPR terhadap kaedah dan cara di tempat mengundi itu pasti bersesuaian dengan SOP serta memberi perlindungan untuk semua keluar mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama media Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan Presiden Kelab Media Johor, Mohd Fauzi Ishak.

Sebanyak 10,089 kes harian COVID-19 dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Daripada jumlah itu, 77 kes bersamaan 0.76 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 10,012 kes iaitu 99.24 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Dr Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lonjakan kes COVID-19 ketika ini adalah kesan daripada varian Omicron.

"Kita perlu meminta kerajaan segera bertindak bagi melandaikan keluk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

"Ini adalah antara langkah yang perlu diambil selain pemberian dos penggalak dan vaksin kepada kanak-kanak, itu lebih penting," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo