NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lintas langsung : Penamaan calon N.08 Dun Bukit Pasir


PAGOH, 26 Feb: Calon N.08 Bukit Pasir, Muhd Nor Iqbal Razak mula kelihatan memasuki Pusat Penamaan calon di Pusat Konvensyen Kementerian Pengajian Tinggi, Hab Universiti Pagoh, pada jam 8.45 pagi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pagoh turut diiringi AJK PAS Pusat, YB Ust Nik Abduh sebelum memasuki pusat berkenaan.

Nor Iqbal dijangka akan bertembung dengan Ketua Pemuda UMNO Pagoh mewakili BN, Ir Mohd Fazli Salleh, PAN mewakili PH, Elia Nadira Sabudin, Pejuang diwakili Mohd Akhiri Mahmood serta Johar Siraj dan bekas Adun Bukit Pasir, Najib Lep yang bertanding di atas tiket bebas bagi PRN kali ini.

Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 yang lepas, Dun Bukit Pasir dimenangi oleh calon PAS, Najib Lep dengan majoriti 1883 selepas memperolehi 9835 undi menewaskan calon BN, Datuk Noriah Mahat (7952 undi).

Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi pada PRU ke 14 yang lepas, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan hanya 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

PRN Johor diadakan setelah berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohamad setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dun pada 22 Januari lepas.

Sumber | Berita Pas




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo