NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor : Pertembungan enam penjuru di Maharani


MUAR, 26 Feb : Calon Perikatan Nasional (PN) yang diwakili oleh Cikgu Abd Aziz Talib berdepan persaingan enam penjuru di  Dewan Undangan Negeri (DUN) N.15 Maharani dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke 15 ini.

Cikgu Aziz yang bertanding mewakili PAS atas tiket Perikatan Nasional (PN) bakal menentang calon dari Pakatan Harapan (PH), Nor Hayati Bachok, calon Barisan Nasional (BN), Nor Farra Shamsudin, calon dari Pejuang, Riad Ahmad, calon Parti Bangsa Malaysia, Ahmad Hasni Asmui Md Salleh dan calon Bebas, Lim Kin Joo.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Johor bagi N15 Maharani, Muhammad Helmi bin Ya’kub, selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.35 pagi, yang berlangsung di Bilik Gerakan, Dewan SMK Dato’ Seri Amar Diraja Muar, sebentar tadi.


Terdahulu sebelum bergerak ke pusat penamaan calon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad turut hadir menyantuni memberi suntikan semangat perjuangan . Beliau sempat singgah sebentar bertemu calon walaupun sibuk dengan tugasan.

Kerusi DUN Maharani telah dimenangi oleh Nor Hayati Bachok daripada Parti Amanah Negara (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi 12,405 undi menewaskan calon PAS, Dr Mohamad Taslim (3,869 undi) dan calon Barisan Nasional, Dato’ Ashari Md Sarip (6,731 undi) dengan majoriti sebanyak 5,674 undi.

Pada PRN Johor kali ini, 15 calon Perikatan Nasional adalah daripada PAS, Bersatu (33) dan Gerakan (8).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Sumber | Berita Pas




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo