NOTIS:

Belum ada lagi....

Lebih 500,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

0
Pegawai kesihatan melakukan suntikan Vaksin COVID19 kepada kanak-kanak ketika Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa di dalam negara pula menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 37 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan sembilan kes, diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.– BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo