NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kategori dua paling ramai pesakit dengan 18,230 kes COVID-19


PUTRAJAYA: Sebanyak 26,832 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan di negara ini meningkat kepada 3,221,680 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes yang direkodkan itu membabitkan 26,764 kes penularan tempatan dengan 68 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Memperincikan mengenai kes semalam, Dr Noor Hisham berkata, paling tinggi adalah pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 18,230 kes atau 67.94 peratus.

"Selain itu sejumlah 8,469 kes (31.56 peratus) pula adalah pesakit dalam kategori satu, diikuti kategori tiga (66 kes), kategori empat (38 kes) dan kategori lima (29 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo