NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Instagram bercadang panjangkan perkongsian Reels kepada 90 saat


Instagram kini dilihat ingin membolehkan pengguna berkongsi video lebih panjang melalui ciri Reels. Melalui kod pembangunan awal, ia dilihat Instagram ingin memberikan pilihan perkongsian video sehingga 90 saat melalui Instagram Reels.

Pada hari ini, Instagram Reelsmengehadkan pengguna berkongsi video sepanjang 60 saat sahaja. Dengan populariti perkhidmatan meningkat, Instagram dilihat ingin membolehkan penerbitan video lebih lama, sekaligus mengikat pengguna untuk tempoh lebih lama pada platform mereka.

Buat masa ini, pesaing terdekat Instagram Reels, iaitu TikTok sedia menawarkan perkongsian video sehingga 10 minit melalui platform mereka. Namun, kebanyakkan video yang popular masih dibawah aatau sekitar tempoh seminit sahaja.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo