NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abaikan perbezaan, Bung seru perkasakan GRS walaupun dianggap rapuh


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu bertahan jika semua parti gabungan dan wakil rakyatnya dapat berkerja dalam satu pasukan dalam memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Katanya, walaupun kerajaan sekarang dibentuk dari sembilan buah parti gabungan dan dianggap repuh, namun jika ada kesepakatan yang padu di kalangan anggota serta wakil rakyatnya, tidak ada sebab gabungan ini tidak mampu bertahan.

"Rakyat telah meletakkan kepercayaan serta aspirasi yang tinggi kepada kerajaan yang ada hari ini, justeru kita perlu menghargai kepercayaan tersebut dengan kesungguhan berkerja untuk memajukan Sabah melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajkan rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program "Backbenchers Retreat" di Kudat Golf and Marina Resort malam tadi menurut kenyataan media.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, bagi mengwujudkan kerajaan yang stabil, ianya menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis dihadapi negara.

"Kebersamaan serta kerja sama ini amat penting untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta situasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19," katanya.

Sumber | Harian Ekspress



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo