NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekal minyak masak berlebihan, Syarikat Lesong didenda RM30,000

ZAINI Md. Taha (kanan) diarahkan membayar denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka kesalahan membekal minyak masak berlebihan kepada peruncit. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA: Suasana di Mahkamah Sesyen di sini bertukar kecoh apabila Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembekal minyak masak tidak berpuas hati didenda RM30,000 atas kesalahan membekal minyak masak berlebihan kepada peruncit. 

Datuk Dr. Zaini Md. Taha yang mewakili syarikat Lesong Food Industries Sdn. Bhd. diarahkan membayar denda tersebut oleh Hakim Nariman Badruddin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan. 

Dalam sesi rayuan, Zaini bagaimanapun berulang-kali menjelaskan minyak yang dibekalkan bukan bersubsidi dan mengaitkan peruncit lain dalam kes itu sehingga hakim memintanya berhenti daripada meneruskan pertikaian tersebut. 

Ads by Kiosked

Mengikut pertuduhan, syarikat Lesong Food Industries Sdn. Bhd. didapati telah menjual 140 unit minyak masak 5 kilogram (kg) jenama Lesong melebihi had kuantiti dalam lesen runcit Syarikat Era Prestij Resources. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.30 petang di Melaka Halal Hub, Serkam Fasa 2, dalam daerah Jasin pada 4 Oktober 2021. 

Sabit kesalahan, syarikat tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama. 

Zaini dalam rayuannya memberitahu, minyak yang dibeli adalah secara pasaran terbuka dan membekalkan dengan jumlah tersebut kerana syarikat terbabit mempunyai beberapa buah premis. 

Dia turut memohon agar denda diberikan adalah kurang daripada RM15,000 memandangkan pihaknya telah memberikan kerjasama dan mengaku bersalah. 

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Syazwani Zawawi bagaimanapun mencadangkan denda tidak kurang daripada RM100,000 dikenakan memandangkan perniagaan beroperasi secara berskala besar. 

Ads by Kiosked

Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara, jika gagal bayar dan sekiranya tertuduh masih tidak berpuas hati, kes boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan. -UTUSAN ONLINE




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo