NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ditegur salah guna kuasa, Najib tuduh saya lakukan perkara sama - Tun M

Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib ditegur kerana menyalahgunakan kuasa dan mencuri duit kerajaan, beliau akan cuba mengalih perhatian dari kesalahannya. -Gambar fail


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak tindakan ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa cuba mengalih perhatian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadapnya dengan menuduh beliau melakukan kesalahan sama sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib ditegur kerana menyalahgunakan kuasa dan mencuri duit kerajaan, beliau akan cuba mengalih perhatian dari kesalahannya.
“Dia (Najib) menuduh saya berbuat perkara sama sewaktu menjadi Perdana Menteri,” katanya di laman rasmi Chedet pada Ahad.

Mengulas lanjut, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu mendakwa, semasa Najib menjadi Perdana Menteri, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kononnya beliau sembunyikan isu skandal Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengalami kerugian RM30 bilion.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, RCI tidak dapat membuktikan beliau menyembunyikan perkara tersebut.
“BNM tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun BNM. Adalah mustahil bank melapor kehilangan RM30 bilion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini.
“Akaun BNM diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak, pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini,” katanya.
Dr Mahathir turut menyangkal wujud persamaan antara jenayah dilakukan Najib dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
“Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilakukan Najib dengan dakwaan kononnya menyembunyikan kehilangan duit BNM sebanyak RM30 bilion.
“Najib merayu kepada Mahkamah Rayuan tetapi mahkamah tersebut bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya diteruskan,” katanya.
Beliau turut mengkritik tindakan Najib yang didakwa cuba memburukkan nama beliau kerana membantah projek Forest City di Johor semasa dalam parti lawan yang bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.
Katanya, perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China.
“Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura,” katanya.
Berkenaan dengan projek Keretapi Pantai Timur, beliau sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak dapat ditamatkan kerana perjanjian telah pun dibuat.
Menurutnya, apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan kos projek.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat selamatkan RM20 billion melalui rundingan dengan pihak kontraktor,” katanya.
Sumber | Astro Awani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo