NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Windows 11 Bakal Memperlihatkan Rekaan Task Manager Baru

Sistem operasi Windows 11 memperlihatkan rekaan antaramuka serba baru pada banyak bahagiannya, tetapi beberapa menu dilihat masih lagi menggunakan rekaan sama yang dapat dilihat pada Windows 10, 8 dan juga Windows 7 sebelumnya.

Terkini, Microsoft nampaknya akan memperlihatkan rekaan antaramuka baru pada tetingkap Task Manager, yang telah ditemui baru-baru ini. Antaramuka Task Manager ini boleh diakses, dan disimpan didalam versi Windows 11 Preview Build terbaru, tetapi tidak diaktifkan lagi kerana ia masih lagi berada dalam fasa rekaan.


Hanya satu gambar Task Manager ini dapat dilihat, tetapi keunikannya disini ialah ia akan hadir dengan sokongan untuk mod gelap juga, selari dengan pelbagai tetingkap fungsi yang hadir pada Windows 11.

Task Manager ialah fungsi yang digunakan orang ramai untuk membunuh tugasan-tugasan yang tidak berfungsi dan mengurangkan beban memori dan pemprosesan dengan cepat dan mudah.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi sekiranya Microsoft akan memperkenalkan fungsi baru pada Task Manager ini, tetapi kami jangka ia akan diperlihatkan pada kemaskini besar Windows 11 yang seterusnya.-AMANZ





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo