NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menyokong Jual-Beli NFT, Facebook Tambah Sokongan Paparan NFT Pada Profil


Facebook dan Instagram kini dalam persediaan sebuah ciri baharu, yang akan membolehkan para pengguna memaparkan NFT pada profil masing-masing.

Laporan Financial Times ini hadir selepas pihak Instagram mengesahkan sedang melihat pada arena NFT.

Ia dikatakan pihak Facebook turut ingin membolehkan orang ramai untuk menerbitkan atau dipanggil ramai sebagai “mint” sesuatu NFT, dan turut berjual-beli NFT melalui platform Facebook.

NFT merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Ia berfungsi sebagai sebuah geran untuk aset digital – dan sering digunakan ramai secara meluas untuk jual beli karya seni dan grafik digital.

Usaha Facebook ini dilihat akan turut melengkapkan arena metamesta yang sedang dibangunkan oleh mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan sokongan ini, selain menyokong laman dagangan NFT.

Selain Facebook dan Instagram, pihak Twitter turut sedang melihat dan telah mula melakukan integrasi pada platform mereka untuk paparan NFT sebagai gambar profil.-AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo