NOTIS:

Belum ada lagi....

PRN Johor : Umno sedia berbincang dengan parti luar BN

0
Umno sedia berbincang dengan mana-mana parti di luar komponen BN jika ingin bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimananapun Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata sehingga kini dia belum menerima permohonan rasmi daripada mana-mana parti.

"BN bertanding jika ada PRN itu sudah pasti. Bagaimana kaedah pertandingan itu kita masih ada masa untuk dibincangkan.

"Jadi, setakat ini saya sebagai setiausaha agung, saya tidak menerima sebarang apa-apa permohonan rasmi daripada parti di luar komponen BN.

ADS
"Jadi saya tak boleh buat komen atau sebarang keputusan mengenainya," katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan yang parti itu sedia berbincang mengenai kerjasama dengan Umno bagi menghadapi PRN Johor.

Bernama melaporkan Tuan Ibrahim sebagai berkata sebarang perbincangan di antara PAS dengan Umno untuk PRN Johor hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.

“Kita tunggu dulu PRN Johor jadi ke tidak, (selepas itu) akan (ada) perbincangan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim.

Pada PRN Melaka tahun lalu, PAS menyertai pilihan raya sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) dan buat pertama kali menggunakan logo PN.

Ditanya mengenai persiapan Umno untuk menghadapi PRN Johor, Ahmad berkata Umno sememangnya telah bersedia bagi menghadapi pilihan raya.

"Melaka BN menang 75 peratus...tidak bermakna kami di Johor terlalu yakin, jadi terus buat persiapan apa sepatutnya jika PRN berlaku," katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo