NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Tiada PKPD pentadbiran di seluruh Taman Sri Pulai Perdana'


JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mesej yang tular berkaitan pewartaan seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana sebagai kawasan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu, berkata tindakan kawalan dalaman dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Daerah Johor Bahru berikutan pelaporan 47 kes positif membabitkan Kluster Pulai Perdana Tiga hari ini.

"Berikutan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan siasatan mendapati rumah terbabit berselerak di sekitar taman perumahan itu.

"Tindakan kawalan dalaman pada rumah dan fasililti berkaitan dilaksanakan bermula hari ini.

"Semua kes positif diasingkan manakala kontak rapat kes yang dikenal pasti menjalani pengasingan di rumah.

"Fasiliti umum yang berpotensi menjadi tempat penyebaran seperti masjid dan sekolah dalam kawasan juga telah dikenal pasti dan ditutup sementara bagi tujuan siasatan serta pengesanan kes secara berterusan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Terdahulu, media sosial terutama kumpulan WhatsApp tular dengan notis petang ini, kononnya PKPD Pentadbiran akan dilaksanakan di Taman Pulai Perdana, Skudai mulai malam ini.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo