NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Itali perketat sekatan ke atas individu tidak divaksin


ROM: Individu yang tidak disuntik vaksin COVID-19 di Itali dilarang memasuki restoran atau menaiki penerbangan domestik di bawah peraturan baharu yang berkuat kuasa hari ini, ketika sekolah dibuka semula di seluruh negara.

Di bawah peraturan baharu itu, individu wajib memiliki dokumen dipanggil 'Super Green Pass' yang menunjukkan status vaksinasi atau status pemulihan daripada jangkitan COVID-19 dalam tempoh enam bulan lalu.

Hanya mereka yang baru sembuh daripada jangkitan coronavirus saja dikecualikan daripada peraturan dan pelaksanaan sekatan lebih ketat oleh negara itu dalam menghadapi peningkatan jangkitan.

Majoriti sekolah dibuka hari ini bagi penggal baharu di bawah arahan kerajaan, walaupun terdapat permintaan daripada guru besar, kesatuan doktor dan beberapa datuk bandar supaya menangguhkan kehadiran semula ke kelas sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Dalam pada itu, media melaporkan lebih 1,000 majlis tempatan di seluruh negara itu menutup sekolah di kawasan mereka.

Pakar virologi terkemuka dari hospital Sacco de Milan, Massimo Galli, berkata pembukaan sekolah adalah 'tidak berhemah dan tidak wajar', manakala pakar kesihatan awam, Walter Ricciardi, memberi amaran mengenai 'ledakan ' jangkitan.

Itali adalah negara Eropah pertama yang dilanda coronavirus pada awal 2020 dan mencatatkan antara angka kematian tertinggi iaitu hampir 140,000 kes.

Negara itu melaporkan lebih 155,000 kes baharu semalam dalam kalangan penduduknya yang berjumlah 60 juta.

Lebih 86 peratus daripada mereka yang berusia lebih 12 tahun di Itali sudah divaksinasi dan suntikan juga tersedia bagi kanak-kanak lebih muda.

Kira-kira 15 peratus kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun sudah menerima vaksin pertama mereka.

Perkhidmatan kereta api, Trenitalia, hari ini mengumumkan pembatalan perkhidmatan 180 kereta api serantau, yang menjejaskan 550 laluan berikutan jangkitan coronavirus selain turut melaporkan ratusan pemandunya dijangkiti virus itu.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo