NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima Lesen CAAM, Air Asia Bakal Wujudkan Kursus Penerbangan Dron


Selepas wabak COVID-19 melanda Malaysia selama dua tahun, AirAsia boleh dikatakan salah satu syarikat yang paling banyak mempelbagaikan perniagaan mereka, dari memperkenalkan perkhidmatan seru-pandu, penghantaran makanan dan lain-lain.

Terkini, syarikat penerbangan mampu-milik tersebut dilihat akan memperkenalkan kelas melatih juruterbang dron pula selepas mendapat pengesahan dan lesen daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Penggunaan dron untuk tujuan riadah dan komersil dilihat semakin meningkat, khususnya pada tahun lepas dimana Area 57, iaitu pusat penyelidikan dan ujian dron ditubuhkan di Technology Park Malaysia.

Pusat latihan penerbangan dron ini akan dinamakan AirAsia Drone Academy, dan akan menjadi sebahagian daripada AirAsia Academy, iaitu bahagian pendidikan teknologi syarikat tersebut. Kelas-kelas penerbangan dron akan dilakukan secara teori di KL Sentral, manakala pembelajaran praktikal akan dilakukan di padang YMCA Kuala Lumpur, yang sangat berdekatan dengan lokasi KL Sentral juga.

AirAsia mengatakan bahawa sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus penerbangan dron komersil ini boleh mula mendaftar untuk salah satu daripada beberapa kursus yang akan ditawarkan. Kelas-kelas penerbangan dron ini akan bermula pada 24 Januari 2022 ini.

  • RCOC-B (Remote Pilot Certificate of Competency – Basic) (5 hari) sini
  • RCOC Module 1 (EVLOS) (Extended Visual Line of Sight) (2 hari) sini
  • SMS (Safety Management System) (3 hari) sini
  • CRM (Crew Resource Management) (2 hari) sini

Sumber: AirAsia




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo