NOTIS:

Belum ada lagi....

Bekas pengurus GLC, Sekali lagi ditahan SPRM

0
SPRM menahan suspek bersama-sama dua anaknya. - Foto hiasan NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang selesai reman berkaitan kes rasuah bernilai kira-kira RM500,00 bagi mendapatkan kontrak perladangan, ditahan semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Penahanan semula suspek berusia 61 tahun itu bagi membantu siasatan satu lagi kes penyalahgunaan kuasa membabitkan pemberian projek kepada dua anaknya bernilai lebih RM50,000.

Suspek berkenaan sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman berkaitan kontrak perladangan,

selepas direman sejak 6 Januari lalu.

Dia ditahan di Pejabat SPRM di sini, bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 28 dan 34 tahun di antara jam 4 hingga 4.30 petang tadi.

Pada 6 Januari lalu, bekas pengurus syarikat GLC itu ditahan sebelum direman bersama seorang lagi pengurus syarikat, bagi membantu siasatan kes kontrak perladangan berkenaan.

Pengurus syarikat yang juga berusia 61 tahun, dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman lima hari terhadapnya tamat, hari ini.

Menurut sumber, sekitar Disember tahun lalu, suspek yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus GLC di Segamat memberikan beberapa projek kepada dua anaknya yang memiliki syarikat sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekes pengurus GLC itu dan dua anaknya mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo