NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPN 2.0 perlu dirangka - MPN

Orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang semakin menjadi normal baharu

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini mencadangkan satu lagi pelan pemulihan negara dirangka untuk pemulihan pasca COVID-19.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPN2.0 perlu dirangka secara menyeluruh dan inklusif dengan membabitkan semua pemegang taruh termasuk pihak swasta.

Beliau berkata, mesyuarat sama juga bersetuju menubuhkan pasukan kerja bagi meneliti sektor ekonomi penting dan perlu dibantu untuk dipulihkan dengan segera.

"Contohnya sektor ekonomi agak penting supaya unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini meningkat lebih baik.

"Sektor mana yang boleh cepat dipulihkan dan sektor yang ambil masa lama, apa langkah boleh dilakukan kerajaan bersama pihak swasta supaya sektor terbabit dipulihkan segera.

"Jika dibiarkan pulih secara semula jadi akan mengambil masa bertahun-tahun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, penularan pandemik COVID-19 menjejaskan sektor pelancongan yang sebelum ini menyumbang RM80 bilion terhadap hasil negara.

Muhyiddin berkata, pasukan kerja PPN 2.0 akan mengemukakan cadangan dan memperhalusi langkah menangani kes COVID-19 jika ia dikesan meningkat kerana kerajaan tidak akan kembali melaksanakan sekatan pergerakan penuh.

Mengulas mengenai laporan Nikkei Asia yang meletakkan kedudukan Malaysia di tangga ke-13 dalam pengurusan COVID-19, Muhyiddin berkata ia wajar dibanggakan.

Beliau berkata, Malaysia melaksanakan program imunisasi antara yang terbaik di dunia membolehkan sektor sosial dibuka semula.

Dalam mesyuarat sama, majlis itu menyarankan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membuat perancangan awal bagi persiapan sebelum banjir dan langkah pemulihan pasca bencana itu yang berlaku setiap tahun.

Katanya, penyelesaian jangka panjang dengan mengambil kira perubahan iklim yang semakin tidak menentu menuntut NADMA, Jabatan Meteorologi serta Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk lebih proaktif termasuk melihat penggunaan teknologi jangkaan baharu.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo