NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cavani kekal di United sampai akhir musim

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani.

LONDON: Penyerang Manchester United, Edinson Cavani kekal di kelab itu hingga akhir musim, kata pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Kontrak Cavani akan tamat pada penghujung Jun dan pemain antarabangsa Uruguay itu dikaitkan dengan Barcelona dan Juventus.

Beberapa laporan turut mengatakan pemain berusia 34 tahun itu kemungkinan kembali ke Amerika Selatan pada jendela perpindahan Januari.

"Edi berkata saya boleh bergantung kepadanya hingga akhir musim dan dia akan terus memberikan yang terbaik untuk menjadi contoh kepada pemain muda," kata Rangnick kepada laman seswang United.

"Jika dia boleh berada dalam skuad utama, dia sentiasa gembira untuk berbuat demikian dan memberikan yang terbaik. Namun, jika dia tidak bermain, dia akan cuba menjadi contoh terbaik untuk pemain lain.

"Edi salah seorang pemain yang mempunyai mentaliti yang sangat kuat. Dia mempunyai banyak pengalaman dan etika kerja yang baik serta boleh menunjukkan contoh yang baik untuk pemain lain."

United akan menerima kunjungan Aston Villa dalam pusingan ketiga Piala FA, awal pagi esok waktu Malaysia sebelum bertandang ke Villa Park bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini.

- REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo