NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dikritik Tidak Melepasi Piawaian N95, Razer Zephyr Dan Zephyr Pro Tidak Lagi Dipasarkan


Razer Zephyr dan Razer Zephyr Pro ialah dua pelitup muka yang dihasilkan bagi menghalang pemakai dari terdedah kepada bahaya virus Covid-19. Semasa diumumkan, Razer berkata kedua-duanya dilengkapi dengan penapis N95 yang cukup baik untuk menapis virus sehingga boleh digunakan sebagai peralatan perlindungan peribadi (PPE) oleh pekerja kesihatan.

Tetapi sejurus selepas Zephyr Pro diumumkan beberapa hari yang lalu, ia menerima kritikan hebat dari selebriti YouTube Naomi Wu. Menurut Wu, pelitup muka Razer ini tidak melepasi piawaian N95 sebenar. Penapis N95 hanya digunakan pada sistem kipas terbina dengan saiz yang kecil. Terdapat bukaan pada wajah yang menyebabkan virus serta bakteria memasuki kebuk pernafasan pemakai. Ini sekaligus membuatkan apa yang diiklankan oleh Razer tidak benar sama sekali.

Kini Razer tidak lagi meletakkan bahan pengiklanan yang mengatakan Zephyr dan Zephyr Pro sebagai peralatan gred perubatan yang serasi digunakan sebagai PPE. Ini juga diterangkan oleh Razer menerusi ciapan mereka. Jadi bagi mereka yang telah membeli Zephyr, anda harus menyedari ia bukan alternatif selamat kepada pelitup muka N95 sebenar.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo