NOTIS:

Belum ada lagi....

Sepanjang Tempoh 17 Tahun, Jualan lagu Dalam Medium CD Catat Peningkatan

0

Jualan CD atau cakera padat kini dilaporkan meningkat naik buat pertama kalinya dalam tempoh 17 tahun pada 2021 yang lepas. Melalui Billboard, pada tahun 2021, lagu dalam medium cakera padat mencapai jumlah jualan sebanyak 40.59 juta unit.

Peningkatan ini adalah disebabkan oleh beberapa artis termasuk Adele dan Taylor Swift yang mana album keluaran mereka terjual dengan tinggi pada tahun lepas dalam medium cakera padat. Hal ini juga kerana para peminat membelinya dalam medium cakera padat dalam menjadikan koleksi, disamping menyokong artis kegemaran mereka.

Perkembangan ini sekaligus memperlihatkan jualan medium cakera padat meningkat buat pertama kalinya pada 2021 sejak memperlihatkan penurunan bermula 2004 yang lepas.

--AMANZ






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo