NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taremi bawa Iran ke Piala Dunia, tundukkan Iraq 1-0

Penyerang Iran Mehdi Taremi (kiri) meraikan jaringan ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Iraq di Kompleks Sukan Azadi, Tehran. - Foto AFP

TEHRAN: Iran menjadi pasukan Asia pertama layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 selepas kemenangan 1-0 ke atas Iraq, manakala Jepun dan Korea Selatan semakin hampir untuk turut serta ke Qatar.

Penyerang Porto Mehdi Taremi meledak gol kemenangan pada minit ke-48 di Tehran untuk membawa negaranya ke Piala Dunia buat kali keenam, dan kali ketiga berturut-turut.

Iran mengukuhkan kedudukan di puncak Kumpulan A dengan 19 mata daripada tujuh perlawanan, dua mengatasi Korea Selatan yang mengatasi Lubnan 1-0 di Sidon.

Emiriah Arab Bersatu di tempat ketiga, lapan mata di belakang Korea Selatan - yang turun tanpa bintang Spurs Son Heung-min - selepas kemenangan 2-0 ke atas Syria.

Dalam Kumpulan B, Jepun turut menghampiri kelayakan dengan kemenangan 2-0 ke atas China, dan kini di tangga kedua - dua mata di belakang pendahulu Arab Saudi.

Australia di tangga ketiga, satu mata di belakang Jepun, dan masih berpeluang memburu tiket kelayakan automatik ke Doha selepas kemenangan 4-0 ke atas Vietnam di Melbourne.

Hanya dua pasukan teratas layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar pada November.

Iran meneruskan rekod tanpa kalah di bawah pengendali dari Croatia Dragan Skocic dengan 11 kemenangan dan satu seri, dan kemenangan kedua ke atas Iraq dalam laluan ke Qatar. - AFP

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo