NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo tertekan dengan krisis United


LONDON: Cristiano Ronaldo sudah mengadakan perbincangan bersama ejennya, Jorge Mendes mengenai krisis di Manchester United dan masa depannya di Old Trafford.

Mendes terbang ke United Kingdom untuk menyelesaikan kebimbangan Ronaldo dengan perpindahan impiannya kembali ke Old Trafford berada dalam bahaya dan boleh berakhir dengan kemusnahan.

Ronaldo meledak 14 daripada 29 gol United dalam semua pertandingan musim ini.

Namun, difahamkan bintang Portugal itu kecewa dengan prestasi United.

Bekas bintang Real Madrid itu juga kecewa dengan taktik dan gaya bola sepak pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Sumber rapat dengan Ronaldo mendedahkan: "Cristiano sangat prihatin dengan apa yang berlaku di United.

"Pasukan ini menerima banyak kritikan dan dia tahu bahawa dia dianggap sebagai salah seorang pemimpin.

"Terdapat banyak masalah, Cristiano merasai tekanan dan sangat tertekan dengan situasi itu.

"Dia mahu perpindahannya ke United berjaya, tetapi dia mula menyedari bahawa memenangi trofi dengan situasi semasa menjadi pergelutan yang sebenar.

"Jorge datang menemuinya dan mereka meluangkan masa berbual mengenai bagaimana keadaan itu berlaku, memikirkan mengenai masalah, bagaimana ia boleh diselesaikan dan apakah penyelesaiannya," kata sumber berkenaan. - AGENSI


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo