NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengurus pasar raya dikompaun, gagal kawal pengunjung berebut produk promosi



SITIAWAN: Seorang pengurus sebuah pasar raya dekat Jalan Medan Sejahtera di sini, dikompaun oleh polis kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dalam kalangan pengunjung premis itu apabila mereka berebut mendapatkan barangan promosi.

Dua video masing-masing berdurasi 11 saat dan 30 saat itu memaparkan sekumpulan pelanggan sedang berebut mendapatkan minuman yang dijual pada harga promosi tanpa mengamalkan penjarakan fizikal, tular di Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 9 pagi, Jumaat lalu.

"Polis bersama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung memanggil pengurusan pasar raya berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu pada 2 petang, hari ini.

"Susulan itu, satu kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan ke atas pengurus pasar raya kerana perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis mengikut Akta 342," katanya dalam kenyataan, di sini, sebentar tadi.

Nor Omar berkata, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP ini boleh menghubungi bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran.




--BH

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo