NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bedah siasat dalam masa terdekat'


KUALA LUMPUR: Badan siasatan bebas pasukan Harimau Malaya akan bersidang dalam masa terdekat bagi memulakan bedah siasat terhadap prestasi skuad kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Datuk Dell Akbar Khan yang dilantik mengetuai badan siasatan itu mengesahkan beliau sudah menerima laporan pengurusan pasukan kebangsaan dan laporan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar.

"Saya juga sudah mengenal pasti anggota badan bebas ini dan surat pelantikan sudah dikeluarkan oleh FAM. Badan bebas ini akan bersidang secepat mungkin memandangkan isu ini menuntut kesegeraan," katanya.

Semalam, BH Sukan melaporkan Dell Akbar yang juga bekas pemain kebangsaan dan Setiausaha Agung FAM pada tahun 2000 hingga 2005 memberi jaminan bedah siasat mengenai kegagalan Harimau Malaya di Piala AFF 2020 akan dilakukan secara adil dan telus.

Penubuhan badan siasatan bebas diumumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, kelmarin dan akan dianggotai individu dari luar badan induk itu bagi mengetuai bedah siasat laporan prestasi skuad kebangsaan di Piala AFF 2020.

Hasil bedah siasat itu seterusnya akan dibentangkan oleh Dell Akbar bersama langkah-langkah penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Kegagalan Harimau Malaya layak ke separuh akhir Piala AFF 2020 dikritik hebat dengan anak buah Cheng Hoe mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo