NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia lancar 9 Satelit , 7 direkodkan tidak Aktif


Satelit pertama Malaysia telah pun dilancarkan pada 12 Januari 1996, dinamakan sebagai Measat 1. Sejak daripada itu, lapan lagi satelit telah dilancarkan, menjadikan jumlah satelit dilancarkan oleh Malaysia berjumlah sembilan jenis satelit. Kali terakhir pelancaran dilakukan adalah pada 29 November 2018, iaitu Innosat 2.

Berkongsi mengenainya melalui Harian Metro, Agensi Angkasa Negara kini mengatakan Malaysia mempunyai dua satelit yang masih aktif, iaitu Measat-3B dan juga Measat-3A, yang kini berada pada kedudukan orbit geosynchronous.

Tujuh lagi satelit milik Malaysia telah direkodkan sebagai tidak aktif, dan telah memasuki fasa akhir hayat (EOL).

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 3,000 satelit beroperasi berada pada Orbit Bumi Rendah, dan pengurusan ruang angkasa adalah sangat penting pada waktu ini.

Beberapa cadangan terdapat dalam pengurusan sisa angkasa termasuk satelit yang telah memasuki fasa akhir hayat, termasuk menempatkan ia di satu sudut angkasa yang dikenali perkuburan satelit. Dengan langkah ini ia dapat mengurangkan risiko kepada satelit aktif daripada berlanggar.

Pada masa yang sama, terdapat juga cadangan seperti melancarkan misi satelit untuk mengutip semula sateelit yang tidak aktif oleh Jepun, selain cadangan melaksanakan roket isian semula bahan api untuk satelit yang tidak aktif di orbit GEO. Namun, ia akan melibatkan lebih banyak faktor, termasuk teknologi dan kewangan.

Untuk satelit Malaysia sendiri, hanya Measat-2 sahaja berada pada orbit perkuburan, manakala yang lain pada kedudukan sejak ia dilancarkan.

Dengan lebih banyak satelit dilancarkan, FCC di Amerika Syarikat turut menguatkuasakan supaya sebarang satelit tidak beroperasi perlu melaksanakan proses keluar orbit ke bumi dalaam tempoh satu tahun.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo