NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Bakal Umum Kadar Tarif Elektrik Baharu, Jamin Tidak Bebankan Rakyat


Kerajaan kini akan membuat keputusan berkenaan kadar tarif elektrik baharu dalam masa terdekat. Kadar tarif elektrik baharu ini akan digunakan untuk tempoh tiga tahun antara 2022 sehingga 2024, dan dijamin tidak akan membebankan rakyat.

Pada hari ini, jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara adalah sebanyak 8 juta, dan 85% daripadanya adalah pengguna domestik, selain selebihnya adalah pengguna komersil dan industri.

Kerajaan turut mengatakan telah mengambil kira keadaan negara yang baru mula pulih daripada krisis ekonomi dan juga Covid-19.

Dengan perkembangan arena digital, elektrik memainkan peranan penting untuk terus menggunakan peranti tanpa masalah atau gangguan.

Baru-baru ini juga, kerajaan telah melancarkan program rebat dalam pembelian barangan elektrik berjumlah sehingga RM400, sekaligus mengalakkan orang ramai membeli barangan elektrik cekap tenaga dan menjimatkan bil elektrik masing-masing.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo