NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UiTM FC bakal berkubur?




Kuala Lumpur: Adakah UiTM FC bakal menjadi pasukan pertama Liga Malaysia (Liga-M) menarik diri dalam saingan musim 2022?

Situasi berkenaan ketika ini bertiup kencang apabila pasukan bertaraf universiti itu kekurangan dana untuk meneruskan saingan pada musim ini sekali gus menyaksikan lebih separuh pemain termasuk barisan kejurulatihan 'angkat kaki' ke kelab lain.

Menurut sumber dalaman pasukan terbabit, UiTM FC boleh dikatakan 'patah kaki' untuk menyiapkan pasukan apabila dana yang diterima untuk musim ini dipotong lebih 50 peratus sekali gus kelab yang pernah beraksi di Liga Super itu tidak boleh membeli pemain baharu.

Beliau berkata, lebih malang lagi, kekurangan penaja menyebabkan segala perancangan pasukan terbantut dan ketika ini pengurusan pasukan terbabit bergelut untuk menentukan hala tuju kelab berkenaan sama ada meneruskan saingan atau menarik diri.

"Saya boleh katakan semua pemain utama UiTM sudah pergi ke kelab lain dan tinggal sekarang hanyalah bekas pelajar yang masih setia bersama pasukan.

"Sekarang ini, pengurusan pasukan akan membuat pengumuman penting dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan hala tuju UiTM pada musim 2022.

"Pada masa sama, pengurusan juga mengharapkan jika ada penaja atau alumni UiTM sanggup membantu menyelamatkan pasukan daripada berkubur," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, UiTM FC adalah pasukan bertaraf universiti pertama yang berjaya menempatkan diri beraksi di Liga Super.

Namun, prestasi yang tidak menentu menyaksikan pasukan terbabit mengakhiri saingan Liga Super 2021 di tangga tercorot menerusi 13 mata seterusnya terpaksa beraksi di Liga Perdana.

Sementara itu, sumber berkata, UiTM ketika ini tidak berhadapan dengan tunggakan gaji pemain import kerana kontrak mereka hanyalah setahun sekali gus menyelamatkan kelab itu daripada dikenakan tindakan susulan.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo