NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusat Latihan Darul Iman



Menginjak usia
Ke empat puluh tahun
Dirimu masih
Berdiri teguh
Tersergam indah
Di kiri dan kanan
Saujana mata memandang
Laut membiru dan
Bukit bukau
Segar menghijau
Memukau pandangan
Begitulah
Indahnya ciptaan ilahi


Seindah namamu Pusat Latihan Darul iman
Seteguh perjuanganmu
Semurni baktimu
Seharum kasihmu
Ayuh...
Kita semarakkan perjuangan suci
Ingatlah...
Iman adalah perisai diri
Jangan biarkan
Musuh merobek harga diri
Tanpa perisai sejati


Jangan juga alpa
Justeru iman juga ibarat
Pepohon
Perlu dibaja dan
Disiram selalu
Biar ia cambah subur
Membina akar,batang dan ranting yang kuat
Daun-daun menghijau
Dihiasi bunga yg mekar mewangi
Lalu
Kelazatan iman dikutip
Pada manisnya buah yang ranum dan enak.


Jangan juga kita lupa
Iman juga milik
Kita bernama manusia
Menjadikan kita dewasa
Mengatur gerak hidup
Menyusun rencana masa depan
Menghitung saat diuji dan diduga
Begitulah rentetan kehidupan
Dalam perjalanan duniawi dan ukhrawi


Pusat Latihan Darul iman
Semoga sinar bahagia
Sentiasa mengiringi perjuanganmu
Semoga nafsu dan kekejian
Berlalu bagai ombak
Membadai pantai
Membuang jauh kekalutan godaan syaitan durjana
Kerna
Selayaknya kita selaku makhluk tuhan
Pohon dan pintalah
Semoga pintu syurga
Masih terbuka
Buat kita hambaNya
Yang kerdil ini


Ust Md Ali Jamil
Khamis 8.49 pagi
3 Jamedil Akhir 1443
6 Januari 2022

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo