NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rangkaian Kereta Api Halaju Tinggi China Kini Sepanjang Garisan Khatulistiwa


China kini mempunyai rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang di dunia yang melepasi 40,000 kilometer yang bersamaan dengan panjang garisan Khatulistiwa. Angka yang menakjubkan ini dicapai selepas laluan antara Anqing di Timur Anhui dan Jiujiang di selatan Jiangxi dibuka minggu lalu menurut laporan Global Times. China akan terus menambah rangkaian kereta api halaju tinggi di negara mereka bagi menyambungkan bandar-bandar satelit dengan bandar utama di setiap daerah.

Projek membina rangkaian kereta api halaju tinggi di China dimulakan pada tahun 2007 dengan laluan pertama Beijing ke Tianjin dibuka pada tahun 2008. Dengan pantas China memintas Jepun sebagai negara dengan rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang dunia. Di China kereta api yang bergerak pada kelajuan di antara 200–350 km/j diklasifikasikan sebagai berkelajuan tinggi.

Terdapat usaha dari CRRC SRI untuk memperkenalkan kereta api apungan magnet yang lebih pantas mencecah kelajuan 600 km/j.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo