NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Volkswagen Malaysia Hadir Dengan Koleksi NFT Tersendiri


Volkswagen Malaysia kini bekerjasama dengan Filamen, dan telah hadir dengan koleksi NFT tersendiri, dinamakan sebagai “The Arteon”.

Volkswagen bekerjasama dengan dua artis digital dalam menjayakan projek ini, iaitu Jason Choo dan juga Syed Muhammad. Koleksi The Arteon ini menawarkan empat karya yang setiap satu dijual pada nilai 2.50BNB, iaitu sekitar RM5.5k setiap satu.

Karya ini diinspirasikan daripada Arteon R-Line 4MOTION. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Volkswagen Malaysia di Pentas hari ini.

Dengan penyertaan Volkswagen Malaysia ke arena NFT ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak syarikat menyertai arena NFT ini dalam masa terdekat dengan koleksi penawaran masing-masing.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo