NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi diarah kuarantin


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sekali lagi diarah menjalani kuarantin kendiri selama lima hari selepas didapati menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 ketika menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tempoh kuarantin itu bermula semalam hingga Khamis ini.


Kenyataan itu menyebut bahawa ia adalah arahan yang diberikan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

"JKNPP turut mengarahkan beliau (Kon Yeow) menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu esok.

"Ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat," katanya.


Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan bahawa JKNPP giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan. 

"Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut," katanya.

Pada 25 Julai tahun lalu, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya positif COVID-19.

Justeru, beliau tidak menghadiri persidangan khas Parlimen yang diadakan pada ketika itu.

Sumber | BH Online 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo