NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Johor mahu bertanding solo

Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan yakin memperoleh kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).


Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan yakin memperoleh kemenangan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN dan tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti yang berada di luar BN.


“Kita akan cadangkan kepada BN Pusat untuk BN Johor bertanding sendirian dalam PRN. Kita yakin boleh menang tetapi apa pun keputusan ini terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya selepas menghadiri Taklimat Pilihan raya MIC Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MIC, Tan Sri SA. Vigneswaran dan Pengerusi MIC Johor, R. Vidyananthan.

Semalam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Ditanya dakwaan bahawa keputusan pembubaran DUN Johor tidak dibincangkan dengan rakan dalam kerajaan, iaitu BERSATU dan PAS, Hasni yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti lain.

Menurutnya, ini kerana PRN adalah diasaskan kepada Bahagian Kedua dan Ketiga Fasal 23 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 yang membenarkan pihaknya membubarkan DUN sebelum tamat tempoh lima tahun tanpa menerima persetujuan mereka.

“Itu yang pertama, kedua pembubaran DUN hanya boleh dibuat Sultan Johor dan kita sudah patuhi kedua-dua fasal dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, oleh itu perkara ini tidak berbangkit.

“Oleh itu, mesyuarat majlis kerajaan (MMK) negeri yang diadakan semalam hanyalah untuk memaklumkan berkaitan pembubaran DUN dan bukannya untuk mendapat persetujuan mereka,” katanya.

Sumber | BN Online 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo