NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor kurangkan jarak fizikal antara jemaah


JOHOR BAHRU: Ketetapan penjarakan fizikal antara jemaah bagi solat Jumaat dan solat lima waktu dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata ketetapan yang berkuat kuasa bermula Jumaat ini, sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Katanya, solat hajat dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di masjid dan surau negeri ini bagi memohon kesejahteraan buat negeri dan negara daripada segala musibah dan wabak penyakit.

"Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama ditambah daripada tempoh masa satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

"Qunut Nazilah hendaklah dibaca dalam solat Jumaat setiap minggu di seluruh negeri.

"Ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau perlu terus memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SOP itu termasuk memakai pelitup muka, lengkap dua dos vaksin, membawa sejadah berukuran besar dan memastikan tidak bergejala.




--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo