NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak Pemalsuan Sijil, UIAM Menggunakan Rantaian-Blok Untuk Mudahkan Pengesahan Ijazah


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini telah mengadakan pelancaran Platform E-Skrol Untuk Graduan yang menggunakan teknologi rantaian-blok. UIAM membangunkan teknologi ini bersama dengan pihak MOSTI dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.


Melalui penggunaannya, ia akan memudahkan proses pengesahan skrol dan sijil yang dimiliki graduan oleh pihak majikan, selain pada masa yang sama mengatasi masalah pemalsuan sijil yang berleluasa.

Proses pengesahannya boleh dilakukan dengan k sebuah laman portal khusus, dan melakukan pengesahan. Sekiranya tidak terdapat pada sistem, ia adalah sijil palsu.

Dengan langkah ini, keyakinan majikan dapat dipertingkatkan lagi, sekaligus memberikan imej positif terhadap UIAM.

Selain UIAM, sebelum ini, USIM turut telah mengumumkan penggunaan rantaian-blok pada sijil akademik mereka.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo