NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19: Kota Kinabalu catat kes tertinggi di Sabah


KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah baharu kes COVID-19 tertinggi di Sabah semalam iaitu sebanyak 56 kes sekali gus menjadi penyumbang peningkatan kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata peningkatan jumlah kes di daerah terbabit berpunca daripada satu kluster yang sedia ada.

"Kota Kinabalu masih lagi daerah dengan catatan kes tertinggi iaitu 56 kes atau hampir satu per lima daripada jumlah kes di negeri Sabah.

"Kluster Bahtera Kinabalu menyumbang 20 kes baharu bagi daerah terbabit. Sabah mencatatkan 264 kes baharu di mana mengalami peningkatan sebanyak 33 kes berbanding Khamis lalu," katanya dalam kenyataan media, semalam.



Mengulas lanjut mengenai trend kes mengikut daerah, Masidi berkata jumlah daerah yang merekodkan peningkatan kes dan penurunan kes agak setara iaitu masing-masing sebanyak 11 daerah.

Masidi berkata, tiada sebarang kematian direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), semalam.

Katanya, seramai 150 dilaporkan sembuh manakala seramai 642 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 327 orang di hospital, 314 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di fasiliti swasta.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo