NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita pulang umrah, Melaka catat kes pertama Varian Omicron


AYER KEROH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesan satu kes positif COVID-19 varian Omicron pertama di negeri berkenaan.
Kes pertama itu melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang pulang daripada mengerjakan umrah di Mekah.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, wanita terbabit disahkan positif varian itu selepas ujian jujukan genom (PCR) dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), semalam.
"Kes telah berada di sana dari 4 Disember 2021 sehingga 15 disember 2021.
"Kes telah bertolak pulang dari Jeddah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Zziz dengan menaiki pesawat Saudi Airlines SV3842 dan tiba di klia pada 15 Disember 2021 jam 9.50 malam.
"Ujian swab PCR COVID-19 telah dijalankan di Lapangan Terbang klia semasa ketibaan dan kes seterusnya telah pulang ke Melaka menaiki van pesiaran sewaan khas ejen umrah. Kes telah diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian 'home surveillance order' di rumah selama 7 hari," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di Pejabat JKN Melaka di Ayer Keroh, hari ini.
Tambah Muhammad Akmal, wanita yang telah berkahwin itu disahkan positif COVID-19 selepas ujian calitan dilakukan ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa klia pada 18 Disember lalu.
Wanita terbabit, ujarnya, dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bukit Serindit, Melaka sebelum diarah menjalani isolasi di rumah kerana pesakit berstatus kategori satu dan tidak bergejala.
Wanita berkenaan tambahnya, dimasukkan ke wad isolasi hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 varian Omicron.
Siasatan awal JKN, juga, ujarnya, terdapat sembilan kontak rapat iaitu enam ahli keluarga di Melaka dan dua di Kuala Lumpur serta seorang pemandu van ejen umrah dikenal pasti sebagai kontak rapat.
Ujian swab PCR ke atas mereka tambahnya mendapati lima daripada mereka disahkan positif COVID-19.
Ekoran itu, beliau meminta 40 penumpang yang menaiki penerbangan sama dengan wanita terbabit agar merujuk kepada CPRC berhampiran.
Beliau juga meminta penumpang terbabit menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kendiri bagi mengelakkan penularan COVID-19 varian Omicron.

--ASTRO AWANI



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo