NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahun 2022, Menjelang tahun kebangkitan bola sepak Perlis


KANGAR: Tahun hadapan dilihat sebagai kebangkitan semula bola sepak pasukan Singa Utara apabila pasukan Kelab Bola Sepak Perlis United (PUFC) ditawarkan untuk menyertai beberapa liga tempatan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Zamri Ibrahim berkata PUFC telah ditawarkan oleh Liga Bolasepak Amatur Malaysia (AFL) untuk beraksi dalam Liga Malaysia Divisyen 3 (M3), Liga Presiden dan juga Liga Belia bermula musim depan.

"Ia dilihat sebagai titik perubahan awal ke arah kebangkitan semula sukan bola sepak Perlis dan kita kini sedang berusaha membantu PUFC beraksi dalam Liga Perdana.

"Insya-Allah jika semua berjalan dengan baik dan mendapat 'lampu hijau' daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta penajaan, peminat bola sepak Perlis dapat melihat kembali pasukan kesayangan mereka beraksi semula di pentas Liga Malaysia tahun depan," katanya.

Zamri yang sebelum itu mempengerusikan Kongres Tahunan Kali ke-26 bagi 2020 Persatuan Bola Sepak Perlis di Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP) berkata, selain itu Perlis bakal mempunyai liga sendiri tidak lama lagi yang dikenali sebagai Liga Perlis.

"Kita jangka dapat mulakan Liga Perlis pada awal tahun hadapan bagi mencungkil bakat baharu di negeri ini yang berusia 21 tahun ke bawah, usaha ini akan dilakukan bersama dengan kerajaan negeri dan MSNP," katanya.

Sebagai rekod, PUFC mula ditawarkan menyertai M3 pada musim 2021 namun liga tersebut terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo