NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak sempat solat jumaat, Warga emas maut ditikam depan pintu pagar

Seorang warga emas maut ditikam individu dikenali di hadapan rumah ketika hendak keluar solat Jumaat. FOTO IHSAN PEMBACA

KLANG: Dua suspek yang dipercayai menikam seorang lelaki warga emas di hadapan rumahnya di Kampung Idaman semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, permohonan reman sehingga 17 Disember terhadap kedua-dua suspek itu dibuat di Mahkamah Klang, pagi tadi.

"Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.

"Senjata digunakan suspek untuk menikam si mati juga berjaya ditemui. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya, hari ini..

Semalam, media melaporkan, lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat maut apabila dipercayai ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar kediamannya.

Hoog Fong berkata, mangsa berusia 69 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya sekitar jam 12.38 tengah hari.

Katanya, kedua-dua suspek yang disyaki menikam mangsa berusia 33 tahun berjaya diberkas di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam dalam tempoh empat jam selepas kejadian. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo