NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Segerakan kerja pembaikian jalan - Ismail Sabri



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses dipulihkan antara Seremban-Jelebu.

Menerusi catatan dimuat naik di Facebook, beliau berkata kerja pembaikan sedang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu.



"Jalan utama ini digunakan ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat," katanya yang turun meninjau lokasi tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, lokasi pertamanya dalam lawatan ke negeri itu hari ini.

Pada Ahad lalu, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Tangga menghala Jelebu, susulan hujan lebat. – BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo