NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasa Makanan Melalui Skrin, Profesor Jepun Cipta Skrin Boleh Dijilat


Melalui laporan Reuters, kini salah seorang profesor di Jepun kini telah membangunkan sebuah skrin televisyen yang boleh menawarkan rasa makanan, sekaligus membolehkan pengguna menjilat skrin untuk mencuba sesuatu rasa makanan.

Perkara ini dijayakan dengan menyertakan sekitar 10 tin perasa berbeza pada bahagian atas skrin berkenaan – yang mana seterusnya ia akan menyemburkan campuran berdasarkan kepada rasa sesuatu makanan yang dipilih.



Campuran perasa berkenaan akan disemburkan ke kaca skrin, sekaligus membolehkan orang ramai merasanya dengan menjilat skrin berkenaan.

Dengan projek ini, ia sekaligus memperlihatkan kebolehan menggunakan teknologi dalam membolehkan orang ramai dapat berinteraksi dan mencuba pengalaman rasa makanan berbeza. Disamping itu, ia juga boleh digunakan untuk mencuba sesuatu resipi, menyertai kuiz dan sebagainya. --AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo