NOTIS:

Belum ada lagi....

Digi bakal tutup rangkaian 3G pada awal 2022

0

Digi telah pun memulakan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sejak awal Disember 2021 ini, dan telah pun menamatkan rangkaian 3G di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Namun, untuk beberapa kawasan di Wilayah Utara meliputi Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang, selain Wilayah Tengah meliputi Selangor dan Lembah Klang, Digi mengatakan ia ditangguhkan ke awal 2022.

Hal ini adalah disebabkan oleh cuaca hujan dan bencana banjir yang dialami di sejumlah kawasan.


Mengikut jadual baharu, Digi menyasarkan penamatan rangkaian 3G di Wilayah Utara pada 3 Januari 2022, sementara Wilayah Tengah pada 6 Januari 2022.

Ia tidak diketahui sama ada perubahan ini hanya dilakukan oleh Digi sahaja disebabkan keadaan semasa, atau turut akan dilanjutkan pihak SKMM sehingga Januari 2022 untuk penamatan penuh rangkaian 3G di Malaysia. -_AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo