NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tesla disiasat NHTSA, Passenger Play dinyahaktifkan sejurus kenderaan bergerak


Beberapa minggu yang lalu Tesla memberikan ciri Passenger Play yang membolehkan permainan video dimainkan pada sistem infohibur ketika kenderaan sedang bergerak. Dengan sepantas kilat ciri ini disalahgunakan oleh pemilik Tesla untuk pemandu turut memainkan permainan video ketika kenderaan bergerak. Akibatnya mereka disiasat oleh Agensi Keselamatan Lebuh Raya (NHTSA) kerana ciri ini membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sejurus selepas siasatan dimulakan, Tesla memberikan kemas kini yang mengaktifkan mod Passenger Play pada kesemua kenderaan yang layak menerimanya. Kini permainan video hanya boleh dimainkan apabila kenderaan tidak bergerak seperti sistem terdahulu.

Tesla berhadapan dengan pelbagai siasatan tahun ini berkait rapat dengan sistem swapandu mereka yang diberikan kepada pemilik walaupun di tahap beta. Isu bateri dan sistem swapandu juga menyebabkan kenderaan Tesla diharamkan dari digunakan di lebuh raya di China atas sebab keselamatan.

Sumber AP

-- AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo