NOTIS:

Belum ada lagi....

Huawei lancar cermin mata pintar, 12 pilihan bingkai mudah ditukar

0


Selain Huawei P50 Pocket, Huawei turut melancarkan cermin mata pintar generasi terbaru mereka sebentar tadi. Dari segi ciri ia masih mengekalkan kesemua ciri yang ditawarkan pada cermin mata Huawei X Gentle Monster tetapi dengan lebih banyak pilihan bingkai.

Bahagian bingkai hadapan cermin mata mudah ditanggalkan untuk digantikan dengan gaya ataupun lensa berbeza. Huawei bekerjasama dengan beberapa syarikat cermin mata di China untuk menawarkan sehingga 12 bingkai bebeza yang terdiri daripada rekaan cermin mata hitam, bingkai berkotak profesional dan bingkai bulat yang lebih bergaya.

Terdapat mikrofon dan speaker yang membolehkan cermin mata digunakan untuk menjawab telefon atau mendengar muzik. Apabila ditambat kepada peranti pintar, notifikasi boleh dibacakan terus. Pada bahagian tangkai terdapat pada sesentuh untuk melakukan kawalan pelbagai media di peranti. Kesemua ciri ini dinikmati kerana cermin mata menggunakan HarmonyOS.

Dengan sekali caj pengguna boleh mendengar muzik sehingga 6 jam, panggilan telefon sehingga 4 jam dan hayat bateri keseluruhan ialah 16 jam. Pengecasan semula adalah menggunakan sambungan magnetik pada tangkai. Di China cermin mata pintar Huawei dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1120) untuk versi kaca mata biasa dan RMB 1899 (~RM 1252) untuk versi kaca mata hitam. --AMANZ

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo