NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LG Mementaskan Teknologi 6G Di Korea – Sasar Pengkomersilan Menjelang 2029


LG sedia memperlihatkan teknologi 6G yang sedang dibangunkan beberapa kali kepada umum, dan minggu ini mereka mempertontonkannya di Korea Selaatan sempena pameran “2021 Korea Science & Technology Exhibition”.

Melalui demo yang dipertontonkan, LG menggunakan penghantaran data dan penerimaan menggunakan gelombang nirwayar 6G Terahertz (THz) pada jarak 100 meter.

LG menggunakan “power amplifier” yang dibangunkan khusus untuk tujuan ini, bagi mengelak kehilangan tenaga ketika menggunakan gelombang 6G THz, disamping disebabkan jarak capaian frekuensi yang rendah. Spektrum frekuensi semakin tinggi mencapai tahap terahertz (THz) diperlukan untuk kelajuan Internet yang pantas tetapi ia mengorbankan jarak maksimum ia boleh dipancarkan. Contoh terbaik ialah WiFi 5GHz dan 2.5GHz di rumah anda pada hari ini.


LG turut mengatakan teknologi komunikasi 6G dijangka akan dikomersilkan seawal 2029 kelak, dengan tetapan piawaian berkaitan dengannya akan dilakukan sekitar 2025 kelak. Rangkaian 6G ini dijangka akan menawarkan pemindahan data yang lebih pantas, pada kadar pendam yang sangat rendah berbanding 5G.

Penggunaan rangkaian 6G dijangka akan menjadikan peranti berhubung berfungsi pada masa-nyata, sekaligus membuatkan pelbagai arena maya dan fizikal disambungkan secara masa-nyata.

Pelbagai syarikat sedang melihat dan melakukan pelaburan dalam pembangunan arena ini pada hari ini, walaupun rangkaian 5G baru diperkenalkan di beberapa buah negara. --AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo