NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki `tunda' kereta mangsa banjir ditahan



SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan mencuri sebuah kereta jenis Honda City, milik seorang mangsa banjir di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata siasatan mendapati pemilik kenderaan terbabit meletakkan kenderaannya di tepi jalan dalam keadaan baik dan berkunci kira-kira jam 6 petang, 18 Disember lalu.

Beliau berkata, pemilik meletakkan kenderaan berkenaan di jalan itu disebabkan kawasan tempat tinggalnya mengalami banjir

"Bagaimanapun, kira-kira jam 8.45 malam 20 Disember (Isnin) lalu, mangsa (pemilik) mendapati kereta berada di atas lori tunda dengan nombor pendaftaran WCX3048 atas nama Syarikat Sparks Motors Rescue Empire.

"Lori itu dipandu seorang lelaki tempatan tidak dikenali, malah suspek mendakwa ada individu menyuruhnya menunda kereta milik isteri mangsa itu ke bengkel," katanya dalam satu kenyataan.

Arjunaidi berkata, mangsa sempat membuat pemeriksaan ke atas kenderaannya dan mendapati bateri kereta hilang, malah nombor pendaftaran kenderaan bahagian depan serta belakang dipatahkan selain pelekat cukai jalan turut hilang.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan selepas dihubungi oleh polis susulan hantarannya yang tular di media sosial, Rabu lalu.

"Tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, yang juga pemandu lori tunda terbabit.

"Suspek direman dua hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 19 Disember lalu, tular di media sosial pemilik akaun Instagram @wangi_by_cinta mendakwa suspek mencabut nombor pendaftaran kereta miliknya dan mengangkut kenderaan terbabit ke atas lori tunda sebelum disedari oleh penduduk setempat. --BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo