NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib tahu RM42 juta dimasukkan ke akaunnya - Mahkamah Rayuan



Hidir Reduan Abdul Rashid & Shakira Buang

LANGSUNG | Mahkamah Rayuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bagi membatalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn bhd.

Malaysiakini melaporkan prosiding tersebut secara langsung.

10.21 pagi - Istana Kehakiman: Najib tahu kemasukan RM42 juta daripada SRC ke akaunnya: Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan Najib Razak mempunyai pengetahuan mengenai kemasukan RM42 juta ke akaun bekas perdana menteri itu antara 2014 dan 2015.

Hakim menyatakan bahawa mahkamah bersetuju dengan hakim perbicaraaan bahawa terdapat penyelewengan jelas sebanyak RM42 juta oleh Najib untuk kegunaannya sendiri.

10.17 pagi - Istana Kehakiman: RM42 juta aliran wang untuk elak pengesanan pihak berkuasa: Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa RM42 juta aliran wang keluar dari SRC dan ke beberapa syarikat dilakukan untuk menyukarkan pengesanan dan mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

10.15 pagi - Istana Kehakiman: Najib ada kuasa penuh ke atas SRC: Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa hakim perbicaraan adalah betul apabila mendapati Najib Razak mempunyai kuasa penuh ke atas SRC International.

10.10 pagi - Istana Kehakiman: Tindakan Najib mengarahkan lembaga pengarah SRC mengalihkan pinjaman ke luar negara bercanggah tujuan pinjaman.

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa hakim perbicaraan adalah betul apabila mendapati Najib Razak telah mengarahkan lembaga pengarah SRC mengalihkan dana pinjaman ke luar negara yang tidak ada kaitan dengan tujuan pinjaman daripada KWAP.

Hakim menyatakan bahawa Najib merupakan ketua pengarah SRC.

10.05 pagi - Istana Kehakiman: Najib ialah 'pengarah bayangan' SRC: Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa hakim perbicaraan adalah betul apabila mendapati Najib Razak adalah "pengarah bayangan" bagi SRC International.

10 pagi - Istana Kehakiman: Tindakan Najib berkaitan pinjaman RM4 bilion kepada SRC tidak membawa kepentingan kepada negara: Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil berkata tindakan Najib Razak berhubung kelulusan pinjaman RM4 bilion kepada SRC bukan untuk kepentingan negara tetapi untuk kepentingan peribadi.

Hakim berkata perkara itu bukan untuk kepentingan negara malah memalukan negara.

9.49 pagi - Istana Kehakiman: Najib ada kepentingan peribadi dalam kabinet

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Abdul Karim Abdul Kalil memutuskan bahawa panel hakim bersetuju dengan keputusan hakim perbicaraan bahawa Najib Razak selaku perdana menteri ketika itu mempunyai kepentingan peribadi dalam kabinet apabila meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.

9.41 pagi - Istana Kehakiman: Hakim perbicaraan tidak tersalah arah dalam mengarahkan Najib membela diri: Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Kalil memutuskan dalam keputusan sebulat suara bahawa hakim perbicaraan tidak melakukan salah arah dalam mengarahkan Najib Razak membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan rasuah SRC.

9.39 pagi - Istana Kehakiman: Hakim bacakan mukadimah kes SRC

Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil membacakan mukadimah kes penyelewengan SRC dihadapi Najib dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Rayuan.

9.35 pagi - Istana Kehakiman: Panel hakim Mahkamah Rayuan sampaikan keputusan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Abdul Karim Abdul Jalil mula menyampaikan keputusan berhubung rayuan Najib bagi membatalkan sabitan bersalah dalam kes SRC.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo