NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Padah reject cinta seorang lelaki 'homeless', kereta dibakar pada waktu malam

Rakaman CCTV memperlihatkan suspek kejadian kereta seorang wanita dibakar, awal pagi kelmarin. - Foto tular Facebook

KUALA LUMPUR: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian diketahui wanita terbabit daripada seorang jiran kira-kira jam 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.

"Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.

"Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

"Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu.

"Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya. - BH





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo