NOTIS:

Belum ada lagi....

Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah

0

JAKARTA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat republik itu susulan tragedi letusan Gunung Semeru, di daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur, Sabtu lalu.
"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan ucapan belasungkawa kepada pemerintah dan rakyat Indonesia di atas tragedi letusan Gunung Semeru.
"Semoga pihak keluarga kepada mangsa-mangsa tragedi ini tetap tabah dan diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini," katanya selepas melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat Indonesia, Ida Fauziyah, di sini.
Presiden Joko Widodo pada sekitar tengah hari meninjau lokasi tempat kejadian dan menyampaikan rasa sedih susulan tragedi yang berlaku.
Beliau mahu memastikan seluruh keperluan cukup untuk menjalankan kerja menyelamat, pemindahan penduduk terjejas dan perancangan pemulihan infrastruktur yang rosak.
Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional Indonesia pada Selasa melaporkan jumlah korban meningkat menjadi 34 orang, manakala 17 orang masih hilang.
Gunung Semeru secara mengejut memuntahkan abu tebal setinggi lebih 12,000 meter ke langit, dengan gas membakar dan lava mengalir menuruni lereng gunung ke kawasan penempatan.- BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo