NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KEMAMAN: Air pasang besar, tiga kampung ditenggelami air



KEMAMAN: Tiga kampung di daerah Kemaman ditenggelami air berikutan peningkatan paras air laut mencecah 3.7 meter susulan fenomena air pasang besar yang bermula Jumaat lepas.
Antara kawasan terlibat adalah Kampung Bakau Tinggi, Kampung Pengkalan Cicar dan Kuala Kemaman.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi ahli keluarga masing-masing bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
Menurutnya, kawasan banjir atau pantai bukan lokasi sesuai untuk aktiviti riadah ketika monsun timur laut.
"orang ramai bila berlakunya fenomena air pasang ini, terutama berhampiran rumah mereka, di jalan hadapan rumah, membenarkan anakanak mereka bermain air.
"Sebenarnya tugas kami sebagai anggota bomba untuk menasihati mereka ini supaya tidak sesuka hati bermain air kerana risiko terlalu tinggi seperti adanya haiwan berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya mula keluar apabila habitatnya dinaiki air.
"Selain itu bahay lain seperti berlakunya berhampiran dengan pencawang elektrik, kita khuatiri berlakunya renjatan elektrik apabila air memenuhi kawasan tersebut," katanya.
Justeru itu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di kawasan berisiko. -BH


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo